The need to help, OKU

Greetings my friends, today I would like to share an article about Orang Kurang Upaya (OKU). In english, the disabled community.

Reading the latest post in a blog on OKU, Malaysiaku Mesra OKU inspired me to write this post. This blog is all about OKU and is managed by a OKU as well. The person behind this blog is Mr. Ong Boo Siong. Although he is disabled but he is determined to live life to the fullest. I quote him, 'Kehidupan ini hanyalah satu singgahan singkat kita di bumi. Apakah peranan kita dalam memastikan bumi ini sesuai untuk kita bersama yang dianggap sebagai manusia? Apakah legasi kita sebelum kita beredar dari bumi? Itulah tentang saya dalam satu perjuangan di sini, Malaysiaku Mesra OKU. ' Translation in english, 'Life is a just short journey of us on earth. What are our roles on this earth to ensure that we are treated as humans? What legacy do we have before we leave earth? This is about my journey here, Malaysiaku Mesra OKU.'

I hope I did not translate it wrongly. If I did please kindly correct me. Mr Ong is someone whom I respect dearly. His determination is one of the factors why I started YICO. Like he said, we only live once and the journey is rather short. I wrote a short article about him sometime ago for him to place it in his blog. I would like to share the article with all of you therefore I will post it here. The article is written in Bahasa Malaysia (Malay) so if you do not understand please send me an e-mail and I'll try to translate it. Sorry for the inconvinience.

Selamat Sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca blog 'Malaysiaku Mesra OKU'.Pertama sekali, saya ingin memberitahu sedikit mengenai diri saya. Nama saya Philip Yong. Saya berumur 17 tahun pada tahun ini. Tujuan saya menulis artikel ini adalah kerana saya ingin cerita sedikit mengenai ketabahan En.Ong. Saya mengenali En.Ong di sekolah menengah saya iaitu di SMK Bandar Utama Damansara (4) semasa beliau menjadi guru pakar komputer di situ beberapa tahun lalu. Sejak beliau berkhidmat di situ En.Ong disukai oleh semua pelajar termasuk saya.

En.Ong selalu sedia mengajar dan membimbing kami apabila kami memerlukan tunjuk ajar beliau. Saya telah mendapat banyak nasihat dan bimbingan daripade beliau. Jika bukan dengan bimbingan dan keyakinan yang ditunjukkan oleh beliau sudah pasti saya tidak akan membesar menjadi seorang yang berguna.

Apa yang saya amat kagum dengan beliau adalah keyakinannya. Beliau tidak pernah putus asa dalam apa-apa pun. Walaupun tangan kanan beliau kurang berupaya maka En.Ong tidak membiar cabaran itu menjadi halangannya. Hal ini boleh dibukti dengan video muzik beliau yang bergaya sekali. Beliau juga seorang yang amat baik hati. Hal ini terbuktilah dengan permulaan blog ini oleh beliau. Beliau juga sentiasa menghulurkan bantuan kepada OKU di seluruh Malaysia. Sikap baik hati beliau ini patut diamalkan dan diteladani oleh semua orang.En.Ong juga seorang yang suka alam sekitar. Saya bersama rakan-rakan saya dan En.Ong pernah mengadakan perkhemahan di Hutan Lipur Ulu Bendol. Selain itu, En.Ong juga bersama-sama kami mendaki Gunung Angsi yang
terletak di hutan lipur tersebut. Kini, beliau telah berkahwin dengan gadis idamannya dan dikurniakan seorang anak yang comel sekali.


Sampai sinilah saya menulis. Saya berharap En.Ong akan berjaya dalam hidupnya dan selalu sihat. Saya juga berharap blog ini akan disambut baik oleh semua orang. Bak kata pepatah, 'Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.' Marilah kita semua bersama-sama menolong OKU mengharungi cabaran-cabaran yang dihadapi oleh mereka dan seterusnya berjaya dalam kehidupan
mereka seperti En.Ong.


That's all for now. I hope what I wrote will inspire all of you to respect the OKU/disabled community more. Thank You.

1 comments:

  1. Amiable post and this post helped me alot in my college assignement. Say thank you you on your information.